Mengambil tempahan cuppies and various choc cakes serta delivery sekitar Seremban ... Juga Jelebu ... Dan juga Gemas ...



Wednesday, December 16, 2009

New hobby ...

Haaaaaaaa ... la ni mai hobby baru ... bakaq membakaq, hias menghias ... seronok la pulak bila dapat new toy ni ... mama lak rajin bagi galakan in terms of belikan various cutters walaupun membazir sebab mahal, apa2 hal pun thanks a looooooot mama....

Ada rungutan dari sepupu sepapat yg xde Facebook (sebab dia x leh bukak dari office) ... Jadi, kat sini Liza kasik tepek arr serba sedikit gambar hasil hobby baru ku itu ...








Tuesday, December 15, 2009

Persatuan Belia Taman Paroi Jaya

Semalam secara rasminya Persatuan Belia Taman Paroi Jaya telah menjalankan AGM yang pertama setelah penubuhannya diluluskan oleh ROY .. Program dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Firdaus selaku Setiausaha Politik YAB MB N9 ... untung orang Paroi Jaya ni sebenarnya ... sobab ehh Dato' Firdaus ni menetap di Taman Paroi Jaya .. mother in law MB pun di Taman Paroi Jaya .. Ketua Pemuda UMNO Bhg Seremban pun asal dari Taman Paroi Jaya ... Secara amnya, ramai pemimpin yang dilahirkan @ menetap di Taman Paroi Jaya ...

Kenapa Liza join belia??
Once upon a time ..heheeee ... ada sorang hamba Allah ni call ... "Kak Yuliza ke ni?? Saya Shahril ... saya dapat nombor akak dari Kak Linda ... smalam kami sembang2 pasal nak tubuhkan belia ... kak linda yg suggest nama akak ... Kak, boley kita jumpa??"
Beria betul budak ni nak tubuhkan persatuan belia .... dia ni bagus ... semangat berkobar2 .... ada ramai follower ... cuma kepimpinan masih perlu diasah ... management pun banyak nak kena belajar ... then liza accept la offer dia utk join belia ... sebabnya dorang ni masih budak2 ... masih mentah sangat2 ... perlu didokong dan disokong ... xda hal sesuma tu ... harapan liza semoga suatu hari nanti dorang semua ni akan jadi pemimpin berkaliber yg disegani ..

Tahniah ye kepada semua ahli yang telah berjaya bermesyuarat semalam ... lawak giler dorang meeting ... penasihat kami pun best .. otai belia gak ... semoga dengan tertubuhnya Persatuan Belia ni liza dapat mengenali bebudak di Taman Paroi Jaya dengan lebih dekat ..
Yang jauh kita dekatkan ...
Yang dekat kita rapatkan ...
Yang rapat kita mesrakan ...
Yang mesra ... jangan lak lelebih ... ;)

Happy New Year ..

Salam semua ....
Pejam celik pejam celik kita dah nak masuk tahun baru .... Kedua2 tahun baru Hijrah dan Masihi bakal kita temui dalam beberapa hari yg hampir ini ...

Bila menyebut tahun baru, azam tahun baru @ new year resolution adalah perkataan yang sangat2 sinonim ... Frankly speaking, Liza x pernah ada azam baru setiap kali nak masuk new year .. Liza pun tatau knapa ... mungkin sebab Liza x berapa minat kot bab2 azam ni (mmmmm ... sok kalau ada anak, kena taruh nama azam .. heheee) .. Walaubagaimanapun, jika dikaji semula, elok sebenanya ada azam ni ... ianya membuatkan kita lebih fokus dalam membuat sesuatu perkara ... contoh : tahun 2010 ni nak holiday ke china ... so, skang ni kenala berjimat cermat dan cari xtra income didalam usaha mengumpul duit nak ke china ....kena la kurangkan kuar nengok wayang (huhuuu), makan2 di luar (huhuuuuuuuuuuuu) ... plan pun nak kena baek punya supaya sok nak bercuti, xde la nak kena ambik exam ke, berkursus, orang kawen ke etc ... ni contoooooooh ... ada banyak lagi contoh lain .. depends arr ngan masing2 punya azam ...

Akhir kata, selamat datang 1431 H dan 2010 .. Semoga kedatangan tahun baru memberikan kita lebih semangat, keberkatan dan paling penting rahmat dari Nya dalam menghadapi hidup yang lebih mencabar..

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Memandangkan puasa tinggal sehari saja ... maka diatas kesempatan ini Liza ingin memohon ampun dan maaf andaikata terkasar bahasa, terguris perasaan samada sengaja atau tidak disengajakan.

Maleh sebona ehh nak mintak ampun maaf time raya ni ... sebab bagi Liza, sebaik saja kita wat salah, trus mintak maaf .. that's the rite way ... tapi ada masanya kita x sedar yang kito dah wat doso kek orang padahal kito ni gurau2 yo ... Maka, elokla kita bermaaf-maafan time raya ni ....

Mungkin tahun ni x wat open house... sebab ehh:
1. Time constraint - on the 2nd - 14th Oct gi beraya kat Perth ... jenjalan kat  tempat adik belajar .... balik sini, tinggal 5 hari je nak habis Syawal ...
2. Manpower constraint - mmmmm ... mama papa makin tua, adik2 ramai yg xde nak nolong sok ... kang Liza yg jadi tukang masak, mengemas, layan tetamu ... x syiok arr sambil borak2 ngan member sambil mengemas ...

Walaupun xde open house, Liza sangat mengalu-alukan kedatangan semua orang .... tapi call la dulu .. kalau x call, makan biskut raya je la ... tu pun kalau ada lagi ...

Tahun ni wat kuih 2 jenis je ... lidah kucing ngan orange cupcakes ... kuih beli: almond london, tart nanas ngan kuih batang buruk .... Jenis kuih x banyak, tapi kuantiti banyak la ... dan semestinya kualiti tip top ... InsyaAllah tahun depan biskut raya 80% wat sendiri .... Lagipun tenaga buruhku dah balik (sapa lagi kalau bukan erizna) .. hahahahahahhahahaaaaaaaaaaa....

Ok guys ... elok2 raya ni ... don't drink and drive ... don't ever come back without lemang and rendang for me ....

Salam Aidilfitri ....

Wednesday, September 16, 2009

Instant Noodle

Dapat info ni dari e-mail ...
Elok share sesama kita, lebih2 lagi kepada adik2ku yg gilakan maggi dan mamee berasap

Mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan.
Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya.
Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.

Begini cara terbaik:

(1) Rebus mi dalam air mendidih.

(2) Bila mi kembang, sejat ... toskan ke dalam penapis.

(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.

(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.

P/S .. Jangan sesekali menumis atau memasukkan dulu serbuk perencah ...

*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.


:: Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu ::

Tuesday, September 15, 2009

2 ekor burung kakak tua ....

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.

Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja.

Datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.

Ia berkata kepada si penjual burung.



Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??

Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.

Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.




Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Monday, September 14, 2009

Makna bacaan dalam solat

Salam guys ....
Di sini, Liza paste dari e-mail yang diterima ... berkenaan makna bacaan dalam solat ....
Sesungguhnya Liza akui bahawa diri ini sangat2 lemah dalam bab2 begini ....
Sama-samalah kita menghayatinya ...

Allah Maha Besar



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku,

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak

menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta

keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Tuesday, June 9, 2009

maskahwin yang hilaaaaaaaang



mende maskahwin yang hilang ni??
click je la kat atas tu... barula tahu ...

Thursday, June 4, 2009

Kisah Yuliza

Salam guys ...

Korang penah tak tanya kat parents korang .. camna dorang leh namakan atau dapat idea ngan nama korang skang ni???

Yang rajin dok bercerita ngan liza ... mama lah ... pastu nama adik2 yg lain pun liza tahu camna leh dapat nama tuh ...

At first mama nak namakan Farina ... sebabnya dia nak mulakan dengan huruf F ... kan nama mama Fatimah ... tapi bila mama tgk birth cert ... YULIZA BINTI HADZRI ...

Yuliza???
Yuliza???
Yuliza???

Pesal Yuliza?? Papa sikit pun x discuss ngan mama.

Dulu masa zaman student ... mama ngan papa blajar kat negeri yg sama .... so .. adalah sorang minah ni nak tarik pelajar join kelas taekwondo dia .... dia pun buatla demonstrasi .... dalam sekelip mata, minah ni dapat menumbangkan seorang lelaki ... apalagi, papa pun bercita2 besaaaaaaar ... 'I nak namakan anak I Liza (sebab minah tu nama liza) .. I nak anak I kuat macam dia' ...

Well ... memang Liza join taekwondo pun masa skolah dulu ... tapi sampai Yellow Belt je ... dan Liza memang kuaaaaaaaaat!!! Kuat makan ... hahahaaa

Okeh ... Liza .... paham dah cerita tuh ... tapi mana dapat YU???

Sampai sekarang x terjawab ... heheeee

P/S ... Tak suka kalau orang panggei YUSLIZA ...
Yuuuuuuuuuuuus ...
benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!

Friday, May 15, 2009

Happy 5th Wedding Anniversary

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih

Cukup ke ucapan tu untuk abang??? Tak ternilai ...

Sorry bang, liza tak reti beromantik-romantik nih ... Liza pun tak reti nak bermadah-madah ... Cuma satu je liza minta, jangan lupa popok liza sebelum tido ...

Friday, May 8, 2009

Kisah Yamchinita

Apa ada dengan Yamchinita??? Kenapa Yamchinita??

Arwah atok belah mama, Wawa Awi ... Keturunan bawean, berasal dari Pulau Bawean,Indonesia .. Dia tak gemar dengan nama Yuliza ... cam orang puteh .... jadi, dengan sesuka ati dia, namaku ditukar ... MARIAM .... adeh ... nak wat camna, bukanleh bangkang sebab baby bukan reti apa pun ... lekat lah nama Yam ... pronounce as Yem ...

Lama dah liza x dengar orang panggil diri ni Yem ... last skali pada akhir Dec 1994 ... arwah wawa awi menghembuskan nafas terakhirnya di rumah satu2nya adik tersayang beliau, sejurus kami tiba dari KL ... Nampak sangat dia tunggu kami balik .... Memang tak dapat dilupakan saat2 terakhir waktu itu ... He was a very nice man ... Kat kampung, orang panggil dia wawa jajan, sebab dia suka beli jajan satu bundle, pastu sambil berjalan balik ke rumah, dia akan bagi2 kat memana budak yg stumble ngan dia ... sampai je umah, tinggallah dalam 2-3 peket untuk liza ... hari2 without fail ...

CHINITA??? Yang ni lak arwah atok belah papa, Pak A (semua cucu dok panggei dia mbah lanang, kami adik beradik je yang manja dok panggei Pak A)... Sebelum liza dilahirkan, papa gave a list to Pak A ... senarai nama yang dicadangkan ... Since arwah Pak A ni berketurunan Jawa, dia pun nak taruh nama ala2 Jawa ... if i'not mistaken .. mama kata, arwah Pak A berkenan nak namakan Yuliza Chinita xxxx (xxx tu sebab x ingat menda ntah) ... Sib baek papa memberontak ... Kalau x, lekat la chinita dalam ic den ni hah ... Tenkiu papa, sebab selamatkan nama kitorang adik beradik .. heheeeee ... sian tau to all my cousins ... Endang Triningsih, Bambang Gunawan, Dadang Suandi, Sumantri, Supardi, Ima Trisnawati, Mila Prihateni, Andi Sudrajat ... banyak lagi actually ... ni pun ntah betul idak spelling ehh ...

Jadi ... itulah kisah Yamchinita .... keturunan Bawean, Jawa & Bugis ... Manalak mai bugis ni??? Tungguuuuuuuuu ...

Coming soon ...
Kisah Yuliza
Bugis???
Mama & Papa

P/S ... To abangnda ... tenkiu la ekk tolongsss2 ngan blog ni, adinda ni haram jadah tatau pasal menda alah ni ... Malam ni liza watkan mango juice utk abang ....

Thursday, May 7, 2009

Perfume murah .. Oriiiiiiiiiii ....

Salam guys ... 
Ni ada berita baek punya ... baek untuk semua pihak ... 

1. Liza tolong member ... dia mintak tolong jualkan perfume ... dia ni ada kedai, tapi wat facial je ... so, kurang mendapat sambutan kalau dia jual kat situ ... Katanya, dia dapat stok dari Korea .. Dia slalu gi sana atas urusan bisnes ... Bila balik sini, dia sorok perfume dalam handbag, dalam poket jeket ehh .. Isk .. macam smuggle lak ... Tapi dia wat ada sebab ... Sebab dia suka beli perfume ... Tapi kalo nak pakai sesuma serentak, dia memang x larat .. So, dia beli untuk memuaskan ati ehh, pastu dia jual lah balik ...

2. Liza jual kat korang ... Murah beb ... Kalo x caya, leh check kat pasaran harga sebena ... Mahal sket arr .. Dah ler kena kuarkan minyak keta, parking lagi .. Tu sesuma cost, hidden cost yg kita x prasan..

3. Liza dapat kepuasan dapat tolong member dan dapat tolong korang ... Sekian, terima kasih ... Ahaks ...

Okeh .. kat bawah ni senarai perfume yg ada dalam stok wat masa nih ...

BRITNEY SPEARS Believe; EDP (100ml) -- > RM 150

CALVIN KLEIN ckIn2u; EDT (100ml) --> RM140

CHRISTIAN DIOR J'adore; EDP (100ml) --> RM160

CLINIQUE Happy Heart; EDP (100ml) --> RM140

DKNY Red Delicious; EDP (100ml) --> RM170

ECSADA Rockin’ Rio; EDT (100ml) --> RM140

GUCCI Envy Me; EDT (100ml) --> RM140 – RM150

GUCCI Rush 2; EDT (75ml) --> RM140

HUGO BOSS XX; EDT (100ml) --> RM140

ISSEY MIYAKE L'eau D'issey; EDT (100ml) --> RM140

JLO Glow; EDT (100ml) --> RM150

JLO Still; EDP (100ml) --> RM160

LANCOME Miracle Forever; EDP (100ml) --> RM150

MARIAH CAREY; EDP (100ml)à RM 150

PARIS HILTON Just Me; EDP (100ml) --> RM140


 

CALVIN KLEIN ckIn2u; EDT (100ml) --> RM140
CALVIN KLEIN Eternity (100ml) --> RM130


DKNY Be Delicious (100ml) --> RM170

GIORGIO ARMANI Acqua Di Gio (100ml) --> RM130

GUCCI Pour Homme (50ml) --> RM100

HUGO BOSS XY (100ml) --> RM140

PACO RABANNE Black XS (100ml) --> RM150

Skang ni leh la pilih mana yg berkenan ...
Sok dah berkenan di hati, leh la e-mail ... chinita78@hotmail.com

Bayaran???
Maybank 1550 7838 1160
YULIZA BINTI HADZRI

Harga diatas tidak termasuk kos penghantaran ... RM10 je ... 
Tapi kalo beli banyak, banyak la diskaun ...

Selamat memilih ...

Adios...


Hohoooooooo

Yeahoooooooo ... akhirnya aku ada blog sendiri ... tu pun dengan bantuan abangnda ....

To adik2 den yang takdo blog, jangan jeles ... kuang kuang kuang ...

Silap besar seh ... suppose kasik salam dulu ...

Assalaaaamualaikum ... Jemputla masuk, jangan memalu ... Air sirap ada kat atas meja tu ... Layan diri ...

Worait ... lenkali je la merapu ... excited x tentu hala lak bila dah jadik blogger nih .. heheee ..

Wassalam

P/S .. Jangan serik singgah sini ...