Mengambil tempahan cuppies and various choc cakes serta delivery sekitar Seremban ... Juga Jelebu ... Dan juga Gemas ...



Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Memandangkan puasa tinggal sehari saja ... maka diatas kesempatan ini Liza ingin memohon ampun dan maaf andaikata terkasar bahasa, terguris perasaan samada sengaja atau tidak disengajakan.

Maleh sebona ehh nak mintak ampun maaf time raya ni ... sebab bagi Liza, sebaik saja kita wat salah, trus mintak maaf .. that's the rite way ... tapi ada masanya kita x sedar yang kito dah wat doso kek orang padahal kito ni gurau2 yo ... Maka, elokla kita bermaaf-maafan time raya ni ....

Mungkin tahun ni x wat open house... sebab ehh:
1. Time constraint - on the 2nd - 14th Oct gi beraya kat Perth ... jenjalan kat  tempat adik belajar .... balik sini, tinggal 5 hari je nak habis Syawal ...
2. Manpower constraint - mmmmm ... mama papa makin tua, adik2 ramai yg xde nak nolong sok ... kang Liza yg jadi tukang masak, mengemas, layan tetamu ... x syiok arr sambil borak2 ngan member sambil mengemas ...

Walaupun xde open house, Liza sangat mengalu-alukan kedatangan semua orang .... tapi call la dulu .. kalau x call, makan biskut raya je la ... tu pun kalau ada lagi ...

Tahun ni wat kuih 2 jenis je ... lidah kucing ngan orange cupcakes ... kuih beli: almond london, tart nanas ngan kuih batang buruk .... Jenis kuih x banyak, tapi kuantiti banyak la ... dan semestinya kualiti tip top ... InsyaAllah tahun depan biskut raya 80% wat sendiri .... Lagipun tenaga buruhku dah balik (sapa lagi kalau bukan erizna) .. hahahahahahhahahaaaaaaaaaaa....

Ok guys ... elok2 raya ni ... don't drink and drive ... don't ever come back without lemang and rendang for me ....

Salam Aidilfitri ....

Wednesday, September 16, 2009

Instant Noodle

Dapat info ni dari e-mail ...
Elok share sesama kita, lebih2 lagi kepada adik2ku yg gilakan maggi dan mamee berasap

Mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan.
Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya.
Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.

Begini cara terbaik:

(1) Rebus mi dalam air mendidih.

(2) Bila mi kembang, sejat ... toskan ke dalam penapis.

(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.

(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.

P/S .. Jangan sesekali menumis atau memasukkan dulu serbuk perencah ...

*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.


:: Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu ::

Tuesday, September 15, 2009

2 ekor burung kakak tua ....

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.

Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja.

Datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.

Ia berkata kepada si penjual burung.



Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??

Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.

Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.




Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Monday, September 14, 2009

Makna bacaan dalam solat

Salam guys ....
Di sini, Liza paste dari e-mail yang diterima ... berkenaan makna bacaan dalam solat ....
Sesungguhnya Liza akui bahawa diri ini sangat2 lemah dalam bab2 begini ....
Sama-samalah kita menghayatinya ...

Allah Maha Besar



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku,

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak

menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta

keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.